Saturday, June 13, 2009

BEKERJASAMA

Hari sabtu ramai orang wat kenduri kawin, nk plak musim cuti sekolah..2 minggu berturut2 aku dapat jemputan sampaikan hari yg sama aku dapat 6 jemputan, xtau nk g mane 1. buat kawan yang aku xsempat datang wedding korang, aku mintak maaf kos xbkesempatan langsung. kebetulan sepupu aku pn kawin kat tampin, so aku harap korang xmarah n paham...

dah lame aku x joint bab2 kenduri kawin ni, kali ni aku kene jaga khemah kenduri n jaga malam, pendek kate cam pak gard la,hehehehe........tu sume pengalaman yang xdpt aku lupakan, maklumla skang nie,sume dah siap. datang makan je, dah xrase istilah gotong-royong n aku harap tradisi ni xkan pupus camtu je. memangla penat tp tu sume mengajar kita something.........

so nanti orang plak susah payah time aku kawin nanti,hehehehe......hopefully averything berjalan lancar d sepanjang majlis kawin aku nanti......

so kpd u all sume,rajin2 datang umah orang kawin tp jgn datang makan je. bukan pe,maybe xkene time kita tapi time anak2 kita nanti camner? xkan anak sendiri nk awin kita nk tanye oang, memang skang kita dah ade wedding planner tp kalau mampu, kalau xmampu camner, so kita same2 renungkan, aku pun kene renungkan jugak,hehehehe.....

sebelom terlupa, kepada lelaki di luar sana, bantu2 lah awek anda kalau nk kawin nanti, jgn serahkan sume kat pompuan, tul x? xdpt tolong sume tp kalau kita dapat bantu die cikit pun dah cukup. tu sume pengalaman yang kita hanya dapat sekali dalam hidup nie...

selamat pengantin baru buat sume yang baru berkahwin, semoga kekal sepanjang hayat...Aminnnnnnnnnn........

Friday, June 5, 2009

BACA DAN RENUNG

Teknik Bertengkar Secara Positif

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."
(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan 'orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?'


Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee 'Sedang lidah lagi tergigit'. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata 'ok' kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.


Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."

(Riwayat Ibnu Mas'ud RA)


Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.


Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.


Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.


Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap - Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan - Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya - Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan - Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah - Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara - Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja - Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah 'aku' dan 'kau'.

8. Elakkan terlalu emosional - Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik - Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur - Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri - Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak - Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar - Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party - Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah - Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai - Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan - Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.


18. Pelukan dan kemaafan - Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my.

AWARD

AWARD tuk sape yang dapat kelahiran baru....

tak kisah la anak sendiri ke, anak buah ke, anak kawan2 ke or anak sape2 je...


BEST PICTURE

aku kongsikan bersama gambar yang aku dapat dari kenalan aku








Thursday, June 4, 2009

KEPADA SEMUA YANG MENGIKUTI

hai to all, my blog nie sbenarnye xde lah best sangat. just citer2 yang bleh dikongsikan bersama, actually tgh mencari2 identiti diri sendiri. lagi pun my time xde lah free gile, masuk office trus kene wat keje. yang paling x best office x bagi line internet kt aku. xpela, sekurang2 nya xde lah aku leka ngn internet nnie...

kadang2 aku xtau pe nk wat bile aku dapat online, aku xtau pe yang aku nk carik...pelik gak kadang2.. mcm time nie, aku bawak lap top aku g office. nk plak bos aku sume xde dan aku lah bos hari nie,hehehehehehe........... tu yang sempat aku update blog...

dulu aku nie minat menulis dan melukis, kawan2 aku pn xtau yang aku minat melukis dan menulis. bagi aku menulis ibarat melukis dan kadang2 melukis ibarat menulis, kalau aku bgtau kat orang pun org gelak atau pun x caye. lame2 minat aku ilang, mybe aku malu dan penah dulu aku kene gelak sebab aku ada diari..hahahahaha... kelakar la dunia nie.


xpe lah, so skang ni aku dah mula bejinak2 balik nk menulis, dulu aku pernah karang satu citer konon nk wat novel tapi ilang, aku save dlm hard disk aku pastu kene virus, aduh bengang...

aku punya diari pun ilang. mybe aku ni xleh jadi penulis kot,hehehehe...ape2 aje lah... so utk sume bloger2 di luar sana, teruskan usaha anda dan jgn kita sekali2 merosakkan peluang yang sedia ada ni. so sebagai penghargaan aku bagi korang award..................



kepada sesiapa yang mengikuti blog ni dan kepada sume bloger, nah award tuk u all
p/s : tinggal2 lah jejak kat cini

AKU BERSANTAI

fuh, lame gile x update n3...hehehehehe..

Assalamualaikum sume dan salam sejahtera kpd yang mngikuti, sori dah lame x update...
al maklum la nk cuti panjang, so keje belambak sampaikan mase tuk diri sendiri pun xde. so dengan masa yang terluang ni akan aku manfaat kan,hehehehehe....

kali nie kisah pasal trip ke PD, hampir 2tahun nya aku keje ngn office ni baru kali ni office aku wat trip ke PD. tu pun bukan office sponser tempat tinggal tp rupanya client dgn murah hati bagi pinjam umah die tuk we all menginap. kalau nk harap office payung agaknye ntah sampai bile...aduhai...

xkisah la tu, yang nk di kongsikan kat cini pasal keseronokkan aku g PD.. ble dikatakan makan sampai muntah, gelak sampai tekencing,hehehehehe...... macam2 citer kuar, nk plak member office aku ni partime kje penglipur lara, kalau citer siap gaya,hehehehehe..

bab makan xyah ckp la, ikan segala macam jenis. ikan siakap la, ikan terubuk, cencaru,kembung, selar,kerang, udang harimau, sotong. bak kate macam2 ade!!!........ xlupa juga ngn daging perapnye, ayam percik nye, wallah........ sampai skang kalau sendawa rase ayam tu, hehehehehe...

kat bawah nie ade beberapa gambar yang u all leh tengok...



ni lah rumah tu, macam rumah antu kan,heheheheh.......


ni dia ikan dan ayam yang sedang dibakar, tengok api dia baik punya..........



tu dia udang dan daging salai, nyam, nyam...



tgok tu, ikan siakap di perap dengan rempah ratus


ni antara view yang sempat aku snap mase kat sane, tempat cantik



macam biasa, starting mesti aku yang rasmikan



gua ngan otai..



malam plak gua layan pancing, fuh ikan best....



kat bos2 yang mengikuti blog ni atau yang bakal jadi bos, ketahuilah bahawa staf2 kamu pun manusia biasa, bukan mesin atau robot. kan bagus kalau sekali sekala wat macam nie. bagi staf heppy cikit. staf bukan nk lebih tp sabagai tanda penghargaan bos kt staf. ingat la bos, tanpa pekerja mu siapa la kau wahai bos

Friday, May 8, 2009

HARI IBU

Selamat Hari Mak

Award untuk sume2 ibu dan bakal bergelar ibu. Jgn lupa kita sebagai ank kenang jasa mereka.
I Love U All